Jalan Selamat Pulang Menuju Allah By Ibn Arabi


    Jalan

    1. perkara yang pertama ialah mentauhidkan allah dan jangan menyekutukannya dengan apa sekalipun

    2. Beriman bahawa Allah itu Maha Tinggi. Tulislah prinsip dan dasar iman ini dalam hati dan fikiran kita.

    3. Beiman dengan Nabi dan risalah yang dibawanya. Membenarkan apa yang dinyata oleh para Nabi. Ikutilah cara hidupnya. Cintailah para Sahabat Nabi. Jangan membandingakan para sahabat tersebut. Hormatilah mereka.

    4. Lihatlah seluruh ciptaanNya terutama manusia keseluruhannya; dengan kehendak yang baik yakni menerima mengakui, memaafkan, melayani dan menyintainya. Jadikan hal ini sebagai watakmu dalam berinteraksi dengan dunia. Dengarkan suara hatimu. Bersihkan hatimu. Sentiasalah bedoa buat saudara-saudara seiman. Bantu dan layanilah semampunya golongan yang memerlukan. Jangan sifati diri dengan keutamaan, kebaikan dan kelembutan keranaa kemurnian kamu melayani orang lain. Sebailiknya kitalah yang terhutang budi dengan mereka kerana mereka bersedia menerima bantua kita dengan rendah hati. Kita wajib membantu meringankan beban golongan ini. Sekiranya kita mendapat balasan yang menjengkelkan dari golongan ini maka maafkan mereka dan bersabarlah kerana janji Allah itu tepat. Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

    5. Janagn buang waktu dengan pekara yang sia-sia. Jauhi perbincangan yang tidak berfaedah. Sentiasalah mengingati Allah. Bacalah al-Quran. Bantulah orang lain untuk membantu kita kembali ke jalan Allah.

    6. Carilah sahabat yang baik yang menjadi pendukungmu di jalan kebenaran.Iman itu seumpama sebuji benih. Ia tumbuh menjadi sebatang pohon debgan pengairan dan sinaran yang baik daripada sahabat yang beriman.

    7. Sentiasa ikhlas dalam apa jua tindakan. Keihlasan itu satu keberkatan. Ketika ia hadir, Allah akan mengubah syaitan yang terkutuk, syaitan peribadi dan hawa nafsu menjadi malaikat ilham yang melayani. Keihkhlasan itu umpama pemangkin yang merubah sesuatu menjadi emas dan memurnikan setiap sesuatu yang menyentuhnya.

    8. Pastikan makanan yang dimakan adalah halal. Makanan yang halal itu adalah dasar iman dan atas dasar inlah agama dibangunkan.

    9.Berhati-hatilah debgan dunia. Jangan terlalu menyintainya. n Religion Spirituality, Philosophy

    Jalan Selamat Pulang Menuju Allah

    review ✓ PDF, eBook or Kindle ePUB Ï Ibn Arabi